Thursday, 1 February 2018

TIPS SIAPKAN FYP DENGAN CEPAT DAN PANTAS GUARANTEE A+

Aku sebenarnya dah dua tahun kot(?) graduate. Lama gila aku tinggalkan blog ni. Walaupun dah dua tahun habis belajar, masih ada lagi junior yang tanya dekat aku cara nak siapkan fyp.

 "Hello..ramai lagi kot senior kau kannn..asal tanya aku...hahaha" 

Itu lah selalu jawapan aku bagi dekat diorang tapi akhirnya aku bagi jugak tips siapkan FYP dengan laju mcm lajunya kipas angin berputar (?) ehh.. Jom la tengok tips dekat bawah sebelum aku mengarut lebih panjang. Haha

Disclaimer: Aku budak sains sosial dan kitorang wajib buat FYP pada akhir sem. Aku mula siapkan projek sem kedua sebab aku pergi program mobiliti waktu sem pertama.So, entri ni mungkin sesuai untuk student sains sosial dan sewaktu dengannya. Bonus - untuk student yang last minit baru sedar ada subjek bernama FYP. Wakaka I feel you bruhh..


Cara mudah siapkan FYP

TIPS 1: SELALU JUMPA LECTURER/SUPERVISOR
Yang ni memang paling penting sekali la.. Sebab ada member aku yang tak pernah jumpa supervisor, waktu nak submit fyp baru jumpa lecturer. Dah siap jilid buku semua kott..sekali kena buat pembetulan and jilid buku lagi sekali. Hah mendapatttt.. Lagipon bila jumpa lecturer baru nampak yang korang acah-acah buat kerja kan. Masa ni la nak belajar cara menjilat bos bila masuk alam pekerjaan nanti..wahahahahahaha

TIPS 2: FORMAT
Macam yang aku bagitau dekat atas, entri ni sesuai untuk student sains sosial dan sewaktu dengannya kan..so, tahap degree/diploma ni biasanya supervisor/lecturer tak tengok sangat pon isi korang semua. Banyak kot thesis dia nak baca.. Thesis master lagi..phd lagi..Macam lecturer aku, awal-awal lagi dia dah bagi hint yang dia just nak kitorang tahu FORMAT untuk tulis thesis..Bila aku hantar thesis aku, dia just selak-selak then terus bagi markah.. banyak yang dia tanda dekat format je..siot je bermalam2 kot aku bersengkang mata cari content, cari reference semua dia just tengok format..hahaha sedih je waktu tu,,tapi bila ingat balik, rasa kelakar..hahah..so format mungkin berbeza bagi setiap institusi/universiti..

Ni adalah antara format yang supervisor aku tekankan:-

  1. Reference kene ikut format APA style (Ni dekat bahagian "RUJUKAN" belakang sekali)
  2. Nak cedok isi dalam jurnal/buku/atau sebarang source memang boleh tapi WAJIB letak reference or else kau dikira plagiat. Attach reference dalam penulisan. Bab tulis reference nanti aku update lain lah..panjang pulak cerita nanti kan..nantikan entri seterusnya...zasss
  3. Ikut format yang diberi oleh jabatan. Contoh, kena ada Bab penghargaan, Bab kedua pulak kena letak reference, ketiga Bab PENYATAAN MASALAH dan seterusnya.. Biasanya setiap jabatan berbeza-beza formatnya. So, waktu taklimat fyp, jangan lah ponteng ye. hehehe 

TIPS 3: CARI GENG
Yess, cari geng. Aku dulu kena buat fyp individually. Tapi aku still cari geng paksa member aku buat tajuk sama dengan aku. Hahaha. Trick dia dekat sini adalah supaya ada partner untuk korang brain storm, bertukar pendapat dan mengutip data. Memang sangat2 membantu. Tapi jangan lah pulak korang jadi sleeping partner. Apa yang aku buat dulu adalah, cari geng yang berbeza supervisor and then buat tajuk yang lebih kurang sama, yang berbeza adalah INDEPENDENT VARIABLE(IV). Dependent variable (DV), Target respondent, tempat. teori semua sama. So nanti questionnaire kitorang akan buat sama-sama cuma akan attach sekali masing-masing punya IV. As long as berkait dah lah kan. Sebab biasanya student degree/diploma, lecturer minta 3 IV sahaja paling busuk. So pepandai la korang bahagi-bahagikan IV kan. hehehe..lagipon dengan cara macamni jimat masa dan kos! 😆


TIPS 4: CARI TAJUK FYP
Dekat sini ada dua tips:
1. Cari topik yang kau nak go in depth bila habis belajar nanti. Means kau nak kerja yang macamana? So, carik la yang berkaitan dengan topik fyp kau. Mana tahu boleh digunakan untuk interview akan datang. Contoh kau nak jadi digital marketer, so buat la tajuk yang berkaitan dengan digital marketing ke.

2. Tips ke dua ni memang ko dah buchuk masham lambat dah takde masa nak fikir kerjaya kau, haha. Pergi je library cari thesis yang super senior dulu buat. Lepastu olah je sikit bagi lain. Dah dapat tajuk..tadaa!


TIPS 5: CARI REFERNCE
Yang ni ramai tanya aku. 
"Macamana nak cari reference ye sis. Tak larat la aku nak baca buku/jurnal banyak-banyak.."
Ni paling senang kottttt...Amik je buku ke atau jurnal ke atau thesis yang korang rujuk(yang memang mostly similar dengan research korang) then tengok bahagian reference. Tengok bahan apa yang diorang rujuk. Dekat situ dah jimat masa kan?


TIPS 6: CARI SOURCE@SUMBER@BAHAN RUJUKAN
Sesetengah lecturer/supervisor yang rigid biasanya diorang nak tengok sendiri physically sumber mana yang korang rujuk. Korang plak main cedokkkk je kannn tak tahu macamana nak cari sumber rujukan tersebut. Apa yang korang boleh buat adalah:

1.Search google. Type tajuk sumber tu then akhiri dengan perkataan "pdf". Contoh google Jurnal Malaysia maju pdf. Insyallah banyak artikel, jurnal dan buku yang korang boleh view.

2. Cari dekat google scholar. Type google scholar> type tajuk korang

3. Pergi dekat laman web library korang. Berlambak jurnal, buku and artikel percuma. Serious doe, kalau student tak guna perkhidmatan ni memang rugi sebab korang dah bayar setiam sem yuran library tapi tak pernah utilize-kan. Setiap website yang di-link kan perlukan login id dan password. Ni tak perlu risau, tanya je dekat librarian insyallah diorang memang sedia membantuu! 
Tak faham apa yang aku cakap?
Takpe..korang boleh pergi library>pergi kaunter pertanyaan>tanya librarian soalan "macamana nak akses jurnal free?"

TIPS 7: CARA BUAT RANGKA @ FRAMEWORK DAN TEORI
Tip ni lebih kurang sama lah kot dengan tip cari tajuk FYP (Tip 2). Cari contoh rujukan yang dah ada lengkap framework dengan teori. Ada teori memang bonus dan daebak lah. Tapi pastikan teori tu kukuh la. Aku lebih suka rujuk jurnal berbanding dengan thesis super senior sebab kalau kita rujuk bahan super senior, kadang-kadang bukan betul sangat. Sebab diorang pon noob sama tahap macam korang. Hahaha So, jalan yang terbaik adalah dengan merujuk jurnal. Lagipun nak keluarkan jurnal ni bukan calang-calang tau. Kena melalui perlbagai tapisan. Heheh


TIPS 8: CARA BUAT QUESTIONNAIRE
Buat questionnaire ni pon senang jugak kalau kena dengan cara. Cara nya adalah ambil research/jurnal yang lebih kurang sama dengan tajuk fyp korang. Tengok dia punya IV, sama tak dengan korang punya? Kalau sama, ambil je questionnaire dia and bagitahu dekat bahagian/part develop questionnaire korang yang korang develop questionnaire berdasarkan research sekian-sekian oleh si polan-polan sekian. Sebab macam yang aku cakap previously, research level degree and diploma ni dia tak expect korang jadi researcher sejati pon, just tahu format and tahu cara buat dahla.




Aku rasa tu sahaja tips daripada aku. Kesimpulannya buat fyp ni senang je, yang penting mindset korang macamana nak nampak sesuatu task tu mudah di benak kepala korang tu. Hahaha Aku harap membantu lah segala tips aku terutamnya kepada last-minute person. Ada yang nak tambah tips lagi atau pertanyaan? Drop je comment ok! Bye


8 comments:

  1. Hi nak tanya, kalau nak develop questionnaire for dv. Kena cari article yang ada iv sama juga ke? Atau dv saja yg sama? Terima Kasih

    ReplyDelete
  2. Kau tau x sv aku asyik xde jee... Acane nk sllu jumpa.. Bila tnya bluetick kan aku... Smpai fed up aku nk buat.. Akal aku dh laa sikit je...

    ReplyDelete
  3. Aku tengah blur la ni.. nak buat pendahuluan, pengenalan, permasalahan.. pastu bab 2 ada pengenalan lagi.. semua macam benda yang sama je content dia yg nak diterangkan.. takkan nak repeat isu yang sama..

    Tengok rujukan tesis terdahulu banyak jenis pulak.. tah laa aku pening laa

    ReplyDelete
  4. proposal dh siap. cumanya mcm pening je. hahahah. penatlah buat tesis ni! argh

    ReplyDelete
  5. hahahhahahahahhahahaha
    aku rasa sakit kepala buat fyp kena pulak duduk rumah pkp ...fyp tiktok je laa yg bolehnyaa

    ReplyDelete
  6. Hi nak tnye buat fyp ni memang semestinya proposed benda baru ke? Mcm saya prof asyik bz jadi saya pon jarang contact..tanya” last tajuk mcm comparison utk fractional integral and derivative, so nk thu jugak benda tu bukak kt google scholar mmg pening a nak baca and fahamkan, so boleh ke eh mcm ayt” kt jurnal yg kita baca, kita olah je jadi mcm kita punya, reference tu ad la..sbb comparison so result” semua dh ad kat jurnal” yg sedia ada so boleh amik je kan?

    ReplyDelete