Thursday 1 February 2018

TIPS PELAJAR TAHUN AKHIR


Harini aku nak share petua-petua bila korang dah jadi pelajar sulung a.k.a pelajar tahun akhir. Tips ni semua adalah daripada pandangan aku yang dah beberapa tahun habis zaman universiti. Aku harap korang tak buat kesilapan yang PERNAH & TAK PERNAH aku buat dulu. In short, live you life better than me! 



TIPS 1: KUMPUL DUIT
Ni yang most critical! Kumpul duit ni bukan bermakna ko nak kahwin saja kumpul duit. Nak habis belajar pon kena kumpul duit tau. Bayangkan, korang mungkin akan menggangur dalam jangka masa 6 bulan (anggaran paling busuk). Jadi, pastikan simpanan korang cukup untuk komitmen atleast 6 bulan kehadapan. Ni kira nasihat lifetime juga la.

Contoh komitmen Bulanan (Tetap):-

  1. Bil Telefon - RM 50
  2. Loan Motor - RM 200
  3. Duit Minyak - RM 40
  4. PTPTN - RM200


Komitmen tetap bulanan korang dah nak dekat RM500. So, pastikan korang dah ada simpanan sebanyak RM 3,000 (RM500X6Bulan). Percayalah cakap aku, mostly ramai yang depression lepas habis belajar sebab tak dapat kerja lagi and tak cukup duit. Terpaksa la buat muka tebal mintak sedekah daripada mak ayah.. Aiyoo, dah besar malu beb nak mintak duit daripada mak ayah. Huhuhu Oh, PTPTN tu lepas habis belajar aku terus bayar, sebab kalau kita bayar sebelum grace period, dia tak akan tolak interest. Lepas grace period which is 6 bulan lepas kau habis belajar, dia akan tolak payment korang dgn interest. Rugi right?~


TIPS 2: KUMPUL PENGALAMAN/SKILL
Yess kumpul pengalaman and skill. Ramai yang salah anggap bila diorang join program universiti sana sini aktif membabi buta semata-mata untuk sekeping sijil, senang dapat kerja! Tettttt SALAHH!!! Bila kau habis belajar and pergi interview, setakat tunjuk sijil berkepuk-kepuk tapi in term of skill and experience kau tak dapat nak explain, tak guna juga beb. 

So suggestion aku adalah, kau pergi join kelas-kelas yang dapat mengasah skill kau yang boleh digunakan untuk minta kerja nanti.Contoh pergi kelas adobe photoshop, belajar microsoft excel, communication skill org speech, english class, web design, atau menjahit baju, why not kan. Semua ni kau boleh dapat murah je kalau kau daftar dengan kolej komuniti short term class dia. Biasanya kelas dia held dalam sehari dua je untuk orang awam. And yuran dalam range RM10-RM50. Serius berbaloi berbanding dengan kelas private yang lain. Aku dah lupa link dia. Nanti kalau ingat aku attach balik dekat sini ye. Pergi la daftar dekat laman web dia atau walk in je dekat kolej komuniti yang terdekat dengan area kawasan korang.

Tapi aku tak la cakap program universiti tu semua tak guna. Aku sendiri pon aktif dalam program universiti under kelab. Banyak la skill and experience aku belajar contohnya pengalaman nak handle program, pengalaman dapatkan dana, pengalaman buat kertas kerja program and skill leadership and communication. Ni semua penting la waktu nak cari kerja nanti. Cuma nasihat aku, jangan jadi follower sahaja la, try selami sendiri program-program tu untuk cedok segala pengalaman dan skill yang boleh diguna pakai pada masa akan datang. Cewah, skema sangat ayat aku kannn..


TIPS 3: MULA CARI KERJA DAN BUAT MOCK INTERVIEW
Yer aku tau korang tak habis belajar lagi. Baru sem pertama tahun akhir? Pergi je daftar jobstreet, isi resume semua and apply job yang korang idamkan. Kalau diorang panggil interview, just go. Atleast, dekat sini korang boleh improve dari masa ke semasa skill interview korang. Selain tu juga, tujuan aku suruh korang cari kerja awal-awal ni adalah sebab.. korang boleh tengok apa requirement yang diperlukan oleh dream job korang. Contoh untuk dream job dia yang mungkin nak jadi digital marketer perlukan technical skill SEO, contoh. So, awal-awal lagi ko ambil la certificate SEO daripada google. Mungkin rezeki korang, lepas habis belajar terus dapat kerja kan. Jangan jadi macam aku, dah habis belajar baru sedar yang sijil degree aku tak ada guna sangat pon sebab aku lack of skill. wuaahahaha


TIPS 4: SIDE INCOME
Zaman sekarang ni kau jangan lah harap duit tu nak jatuh daripada langit. Sampai bila kau nak harapkan duit JPA/PT/PAMA?? Try lah buat side income contoh mengajar tutor ke, buat bisnes kecil-kecilan ke. Tips ni juga bagus lah untuk student yang memang tak boleh nak kerja dengan orang. Waktu ni la korang kena mulakan bisnes korang. Aku ingat lagi ada sorang senior tu (dia usahawan berjaya dan terkenal juga), dia ada cakap yang dia mula bisnes daripada zaman universiti lagi sebab waktu tu ada fund (PTPTN) and modal tak perlu besar sangat. Lagipula nak dapatkan crowd dekat universiti senang, Jual la apa je, mesti laku. 

Ada sorang member aku ni dulu dia buat bisnes dropship baju je, dia buat daripada sekecil-kecil bisnes yang tak perlukan modal sangat. Ambil order orang, then submit order. Then seller yang hantarkan barang kepada client dia. Sekarang, dah ada kilang printing baju sendiri and hire pekerja sendiri kot. So, untuk siapa yang bagi alasan takde kenderaan la, takde modal la, takde pengalaman la..tu semua hanyalah alasan korang! Hahah.

Oh, aku bantah sekeras-kerasnya untuk bisnes M.L.M. Paling pantang kalau ada bisnes M.L.M yang nak masuk, kena bayar sekian-sekian duit dengan alasan yuran komitmen la, duit beli stok dulu la, yuran keahlian la. Persetankan semua tu. Cari bisnes lain laaa.. Kalau untuk dropship pula, ada owner yang tetapkan kalau nak jadi agen, bayar yuran ahli dulu. Yang tu korang kana fikir elok-elok la. Kalau barang tu memang ada brand and demand, why not korang consider. Tapi kalau barang takde jenama, orang tak berapa kenal and tak berapa nak kukuh, go find another company la. 

Nak setup bisnes ni, nak tak nak fund kena ada. So, kalau betul korang nak buat bisnes lepas habis belajar nanti, why not mulakan sekarang!


TIPS 5: KUMPUL NETWORKING
Yang ni penting juga la tak kira la kau nak kerja dengan orang ke, kerja sendiri ke. Networking kena luas sebab manusia ni hidup kena bersilaturahim. #EHHH hahah Tapi betul la, manusia ni hidup saling memerlukan. So kalau bernetworking ni, insyallah kalau korang perlukan pertolongan, mungkin lebih cepat taskkorang boleh diselesaikan.


Contoh benefit networking yang luas adalah in term:

  1. Cari kerja
  2. Advertising info
  3. Partnership
  4. Enquiry for expert

So, networking ni jangan la ber-networking dengan budak-budak kelas kau saja. Tapi lebih luas macam student kos lain, dengan lecturer, dengan orang luar (kan kau buat program universiti kan, mesti la banyak bekerjasama dengan orang luar kan). Aku rasa networking aku ni sikit je tau sebab aku ni tend untuk tak kisah dengan orang sekeliling. Contoh effort yang aku boleh buat dulu mungkin save no dorang dalam phone ke atau simpan name card diorang ke. aishhh


TIPS 6: KUMPUL MEMORI

Nah, sis lanje salah satu memori waktu menjadi zombi
hahahanat
Penting ke kumpul memori? Bagi aku penting juga la sebab benda apa lagi aku nak ingat selain belajar..belajar dan belajar? Kumpul memori tak semestinya ko kene acah-acah backpacker burn beberapa ribu hengget semata-mata untuk kumpul memori dengan besties kau. Buat short vacay dah laaa and appreciate every single things yang kau dan bff selalu buat. Macam aku dulu, kitorang suka sangat pergi satu fakulti ni and diorang ada cafe sendiri.Dekat situ ada jual nasi kepal. Setiap hari bila dah nak akhir-akhir sem tu kitorang asyik makan nasi kepal je dengan expectation lepas balik kampung dah takkan jumpa nasi kepal. Hahahaha Sekarang, kalau reunion@ berkumpul balik, kitorang mesti pergi cari nasi kepal. Tu yang paling kelakar la. one of laaaa..

Short vacay yang aku buat secara free adalah.. kebetulan lecturer aku ada offer kutip data. 1 data(questionnaire) RM10, so apa yang kitorang buat adalah, kira budgeting untuk short vacay. Pergi short vacay dengan menggunakan duit upah kutip data tu.Hohoho

Contoh aku pergi vacay dekat cameron, total burn RM500 sorang. So aku perlu kutip data sebanyak 50. So, kawan-kawan aku setiap sorang pergi kutip data untuk cukupkan RM500. Tak ada alasan untuk tak join short vacay. Untuk plan kumpul duit short vacay ni, terpulang la kepada korang untuk merancang. Hihi❤

No comments:

Post a Comment