Tuesday 6 February 2018

TIPS DEKAN SETIAP SEM

Oh hi again. Kalini aku nak sembang kencang cara nak dapatkan dekan level universiti. Yang diploma/matrik/asasi pon boleh juga follow tips aku ni. Hihi💗

 Layak ke aku nak sembang tips mendapatkan dekan setiap sem ni? No doubt, LAYAK dengan bangganya.. wakakaka..ini kerana aku pernah melalui sem-sem yang aku dapat dekan berturut and disebabkan sifat bongkak, riak dan takbur yang terlalu confident, aku juga pernah tak dapat dekan..huuu...

Then, aku muhasabah diri balik apa yang tak kena dengan aku and keluarlah semua idea-idea ni..now, aku share dekat korang pulakk💪



TIPS 1: JANGAN DUDUK DENGAN KAWAN DALAM KELAS
Mesti korang pelik..eh asal plak. First, biasanya kawan korang ada jelmaan syaitannnn...hahah serius doe, kalau duduk sebelah member, ada je topik nak sembang. Dapat pulak aku ni memang kaki sembang. Aduhhh memang tak tertahan rasa nak borak tu. Kalau dapat bergosip lagi lah terukkk..Lagi satu, ada sesetengah kawan aku ni, aku tak tau la dia ni pekak ke tuli..apa je yang lecturer cakap, dia nak tanya aku balik..Tunggu la dulu kelas habis ke baru tanya..ni dan2 tu juga nak tanya..adoi part tu dah hilang konsentrasi.

TIPS 2: DUDUK BAHAGIAN DEPAN BELAH KANAN
Yang ni ada baca satu research ni..dekat mana aku baca aku dah lupa..dia kata, manusia ni tend utk ingat benda yang dia tengok dekat belah kanan dia. Selalu juga aku buat macamni, alhamdulillah hampir semua lecturer boleh ingat muka dengan nama aku. Bukan apa, senang dia nak bagi markah kalau ingat aku yang cantik dan baik ni.Kikiki

Lagi satu kenapa aku suruh korang duduk depan adalah supaya korang boleh tumpukan perhatian sepenuhnya apa je yang lecturer cakap. Sebenarnya, lagi satu sebab aku duduk depan sebab aku ni rabun(walaupun dah pakai spek) and ada sikit pekak..😅 haha

TIPS 3: SALIN NOTA
Sepanjang aku dapat dekan, aku tak pernah print nota lecturer..aku just salin apa yang lecturer terangkan dekat depan je. Pelik kan? Aku pon pelik..bila aku takde nota, aku cm ternanti2 apa yang lecturer tu nak sampaikan@share ilmu dia..Tapi bila ada nota, aku mcm.."ouhh..ni je ke nak ajar" Bagi aku, bila aku dah ada expectation terhadap sesuatu tu, kita akan try block maklumat tu drp minda bawah sedar kita.. so, tu sebab sejak tu aku tak pernah ada nota. Kawan2 aku yang pulun print nota berpuluh2 hengget tu, at the end of class, print lagi nota lain which is nota akuuu.,.wahahah sebab nota aku lagi lengkap daripda nota yang lecturer sediakan dekat smp. Tapi mcm hanat laa sorang2 asyik nak pinjam last2 aku yang tak dapat study. So, sapa nak nota aku..aku mintak bayaran then aku print semua sekaligus.settle.

TIPS 4: STUDY GROUP
Zaman universiti aku memang takkan boleh survive kalau aku tak buat study group. Sebabnya waktu zaman universiti ni aku takde masa langsung nak belajar..just belajar kalau dah nak dekat exam je..itupun kalau buat study group...kalau tidak, memang melagho je 24/7. Ada meeting tu la, aktiviti ni laa, nak g jalan sana sini, spend time dengan famili la..kerja part time lagi. Ish, memang busy lahh nak dikatakan gamaknyaaa...

Biasanya waktu study group ni la aku amik peluang untuk mengajar kawan2 aku walaupun waktu tu aku zero-knowledge...wakakak diorang ni plak, confident je percaya semua ajaran-ajaran akuu bulat-bulat,,So, waktu study group, korang try la baca and terangkan dekat member tentang topik tu sebab biasanya bila kita dah -


Dengar-Tulis-Baca-Ingat-Terangkan

insyallah bila exam senang je kita nak score soalan tentang topik tu, serious talk. Bagi aku, kalau aku dah lengkap buat 3 proses tu, otak aku dah automatik store maklumat2 tu semua. Kalau korang taknak gila kuasa and nak mempercepatkan lagi proses study group, sebelum study group tu suruh setiap orang ambik beberapa topik dulu utk diulangkaji. Then, bila berkumpul, dah jimat masa dengan terangkan je setiap topik. Sebab waktu universiti, kalau lecturer yg "hurmmm"...semua topik dia nak masukkan..kalau ada 21 topik, 21 lahh kau belajarrrr dherrr...ada yang baik hati, 2-3 topik sahaja ya masuk anak2 ^^

TIPS 5: ASSIGNMENT
Ni yang paling hanat laaa kalau dapat group member yg hanat. Aku dulu, kalau ada group member buat taik, aku padam je nama dia drp assignment kitorang. Alhamdulillah next sem baik budaknya😌

PERINGATAN!! Kalau ada group member yang taik, please3 take action! Jangan dah nak last sem baru nak terluah semua perkara! Takpun cakap belakang. Aku pantang tol org nak cakap belakang ni. Tak kira la cakap pasal aku ker, cakap pasal orang lain ke. Cuba jangan semakkan kepala korang dengan orang yang berperangai tah hapa2 yang korang gosipkan tuuu..tegur je laaa.habis cerita.

Disebabkan perangai aku yang tegas ni jugak, ramai yang berperangai taik takut nak masuk group aku..and yang memang perform ramai berebut2 nakkan aku. Ramai je student yang perform sebenarnya, tapi disebabkan culture kita orang Malaysia yang berlemah lembut and suka cakap berlapik, isu sleeping partner ni seakan2 semakin tularrrr..hahah..So bila dah ramai yang berjangkit berperangai taik ni, memang assignment yang di-generate pon menghasilkan taik lahh kann

So, dont worry laaa kalau korang ada sleeping partner ni. Just take action my dear. Insyallah kalau diterangkan dengan baik tindakan korang tu, dia akan faham.

Dekat sini tips dia sikit je, assigment kalau boleh siap la..#ehh, memang WAJIB SIAPKAN laaa...Jangan lambat and jangan cepat sangat. Hantar je on-time and ikut spesifikasi yang lecturer nak

TIPS 6: BERTANYA
Ni satu lagi perangai student Malaysia ni. Malu sangat nak bertanya. Malu sebab apa aku tak pasti. Nak bercinta tak malu plak #ehhh takde kene mengena ehh..haha

Just tanya laa sendiri dekat lecturer atau tutor kalau korang tak faham..please jangan tanya kawan korang yg sama je level dengan korang...duhh..lagipon kalau korang byk bertanya, insyallah lecturer tu nampak laa effort korang yang memang nak belajar tu. who knows dia akan bagi markah bonus dkt korang utk effort korang..kan?


So, sekian saja mukadimah daripada aku harini..aku harap ramai yang dapat dekan sem ni supaya korang tak bayar payah PTPTN. 💅